20090223

Life Must Go On ~


mmg lama giler tak hapdet..
malas la kate kan...
wakakaka...
so..arini kasi kongsi sket satu cite tuk korang..

sude lame gak simpan kan...so..kasi publish..
hua..hua..hua...
klu rase nak bace la...
aku pon rase cam panjang jek nak bace...kuikuikui...
enjoy ~!

lets begin...

Solat Isyak aku lakukan bersendirian, kemudian aku termenung di depan komputer. Duduk sambil melayan fikiran yang agak kusut. Kenapa ini terjadi? Getusku, Aku tidak diberikan satu peluang lansung, semua berlaku terlalu cepat. Tanpa sempat aku berfikir apa yang perlu aku lakukan.

Aku menghidupkan telefon setelah seharian aku mematikannya… agak malas aku mahu mendail nombor yang biasa aku telefon… mungkin apa yang berlaku sehari dua ini membuatkan aku agak… tiba-tiba telefon ku berbunyi satu SMS masuk kedalam inbox, aku membuka dan membaca SMS tersebut, dua nombor yang tak aku kenali telah membuat panggilan sewaktu telefon aku off. Aku semak phone book dan beharap aku menjumpai siapa yang telah menghubungiku, tetapi hampa… nombor itu tiada dalam list up aku.

Aku keluar untuk mengambil angin, melepaskan apa yang bersarang di dalam fikiranku, terasa sesak kepala otak aku. Aku duduk di kedai minum berseorangan, biasa nya aku akan ditemani oleh seorang dua kawan ku…Aku kembali membaca SMS di telefon, aku mengambil sekeping kertas dan pen, menulis dengan teliti nombor yang telah cuba untuk menghubungi aku, ku tenung dalam-dalam…kenapa? Apa yang telah berlaku? Apakah yang selama ini aku fikirkan akan terjadi? Ermm…sungguh berserabut sekali, aku tidak sukakan keadaan ini…dan ini bukan gaya aku, tenang adalah prinsip ku, walau apa pun yang berlaku aku akan tenang… ya… aku akan tenang…

Aku mencapai telefonku dan mendail nombor yang telah ku tulis di atas kertas tadi, nada yang aku dengar menandakan nombor yang aku cuba hubungi akan di angkat.

“Assalamualaikum…”, suara di hujung talian

“Wa’alaikummussalam… ”, jawab ku

Suara tersebut meneruskan perbualan.

“Abang kenal saya?”, soal nya

“kenal? Siapa ni?”, aku kembali mengutarakan soalan kepadanya

“Alaa…yang semalam call abang…takkan tak ingat kot. ”. sambung nya lagi

Budak yang semalam telah menghubungi aku? Fikirku sendirian, aku agak kabut semalam, memang ada yang telah menghubungi aku semalam, tetapi aku tidak memikirkan pasal budak tu sangat….apa yang telah terjadi? Kenapa budak itu cuba menghubungi aku? Adakah pasal dia?

“Owhh…yang semalam tu ke…but.. I don’t even remember your name la.. ” aku cuba berdalih.

Sebenarnya memang aku lansung tidak ingat nama nya….

“Takkan tak ingat da bang? Saya…Syafiq…”, jawabnya

“Erm….Syafiq…ada apa call? ”, aku membalas

“Saya nak abang rileks ye…sebab ada seseorang nak cakap dengan abang ni…”, ujarnya

“I’m ok… ”, jawabku

Mungkinkah dia..? kenapa? Banyak persoalan yang bermain di benak ku. Nampaknya hari ini semuanya akan terjawab. Telefon bertukar tangan, aku menunggu dengan tenang…


“Hello…Shah… ”, perlahan suara hujung talian

Aku amat mengenali suara itu, ya… memang dia…tapi…… kenapa bersama budak tu?
Huh… Aku sudah dapat membaca situasi yang berlaku, kata hati aku kuat mengatakan hal ini, tapi aku tak mahu mengikut, nampaknya kata hati aku betul... walaupun dia belum lagi memulakan bicara bersama dengan aku, aku sudah tahu apa keputusan yang bakal aku terima…

“Yups…Zila…kat mana tu?”, soal ku memulakan bicara

“Dekat luar… ”, jawabnya pendek

“Shah….Zila nak mintak maaf sesangat..”, sambung nya

“Kenapa? ”, Soalku

“Sebab buat Shah macam ni…sebenarnya Zila da lama dengan dia… ”, jawab nya teresak-esak

Aku tersenyum bersendirian, hatiku berkata, “the risk I’ve taken has been paid… ”.

“kenapa tak bagitau…? ”, aku meneruskan perbualan

“nak bagitau, tapi….”, jawaban nya terhenti setakat itu

Dia terus memangil namaku di hujung talian, tetapi aku hanya mendiamkan diri, aku tak terkata, mungkin aku agak terkejut dengan situasi yang aku hadapi sekarang. Fikiran aku melayang, Adakah aku sudah bersedia? dengan situasi ini? Mungkin… tapi tidak seratus peratus, aku tidak memberikan sebarang respon, akhirnya talian di putuskan….

Aku berjalan kembali ke rumah, fikiran ku melayang, aku membelek-belek telefonku, terpandang satu lagi nombor yang tidak aku ketahui tuan nya, terus aku mendail nombor tersebut, belum sempat aku memanggil, satu panggilan telah masuk, tanpa melihat nombornya, aku terus mengangkat, dan aku kenal suara itu, baru beberapa minit tadi aku bercakap dengannya.

“Hello bang… ”, suara di hujung talian

“Yups…kenapa? ”, jawab ku

“Tak ada apa..just saya nak cakap..saya dengan dia dah lama..dia tak ada cerita pasal saya ke kat abang?”, ujarnya panjang lebar

“nop… aku tak pernah tau pun pasal korang berdua…and dia tak ada cerita pun..”, jawab ku bersahaja

“hope abang tak marah ya..maybe kalau saya turun sana nanti, kita boleh lepak sama-sama”, dia meneruskan perbualan

“takde la…tak guna nak marah pun…. lepak ke? Insyaallah…insyaallah… ”, jawab ku

“kalau abang nak, saya ader member-member yang boleh…..”, ujarnya

“Opstt…no need….i know how to manage my life…”, aku memotong cakap nya

Perbualan di hentikan, aku malas mahu bercakap lebih panjang, Nak intro member dia kat aku pulak? Dia ingat aku nih ape? dia nak lepak dengan aku? Ada masa insyaallah….or you will never ever see me … hehehehe (evil laugh)

Hah...aku baru teringat satu nombor yang tertinggal tadi, nombor siapa ini ya? “Mungkinkah nombor dia… ”, dugaku. Try jek la kan, aku terus meluncur jari jemari ku mendail ‘the unknown number’ tersebut. Bunyi nada yang agak pelik, “caller ringtone kot… ” getusku. Aku terus menunggu dan talian ku dijawab…..

“Shah…. ”, Jawaban dari hujung talian.

Suara ini…

“Siapa nih..? ”, Tanya aku

“Ni..Zila… ”, jawab nya

Dugaan aku betul. Tetapi kali ini dia dapat bercakap dengan lebih selesa kerana tiada gangguan dari ‘boy’ dia.

“Owhh….Zila… ok la..nak tau nombor sape jek nih..take care..”, aku cuba mengakhiri perbualan

“Shah…”, panggilnya seolah tidak mahu perbualan di hentikan

“Yups… kenapa? ”, jawab ku

“mintak maaf sangat-sangat…”, ucapnya kepada ku

Aku tersenyum…

“tak perlu….benda dah jadi… ”, jawab ku

“kita jadi kawan ek…?”, soalnya

“ermm… let me thinks of that first..”, jawabku

Dia terdiam, jawaban yang agak bersahaja dari aku mungkin membuatnya terasa, dia menahan esak, tetapi tidak menangis.

“Zila tak ada pilihan…”, ujar nya

“Zila sayang dua-dua…”, sambung nya lagi

Aku terdiam dan berfikir, tiada pilihan? Atau dia di paksa untuk membuat pilihan yang hanya berpihak pada sebelah pihak? Aku malas nak meneruskan perbualan, takkan aku nak ‘sekolahkan’ dia, and I’m not in a good mood to talk right now…. Kalau aku teruskan mungkin dia akan lagi ‘sakit’. Aku rasa tak perlu semua tu, dia sendiri akan berfikir tentang pilihan yang telah dia buat. For me, it’s fine… walaupun agak pedih, tapi harap aku dapat menghadapinya.

“Sayangkan dua-dua? No…Zila tak boleh buat camtu…sayang Zila sekarang hanya untuk seorang saja…”, kataku

“Tapi…Zila sayangkan Shah…..kalau ada jodoh…”, dia mencelah

Huh…. Kalau ada jodoh? Aku tersenyum sendiri, apa yang dia cuba sampaikan….

“Actually… you are my last try Zila… ”, aku memotong cakapnya

Dia terdiam, suasana sunyi menyelelubungi, aku terus berfikir, “I have to end this.”
“Ok la….take care yourself ya…jaga apa yang dah ada sekarang…and Zila…listen to this carefully… now I let you go with a reason, and for the last time I said this to you…I love you so much Zila.”, ucapku lancar

Dibawah sinaran lampu aku hanya terdengar dia semakin kuat menahan esak. Aku merenung langit yang gelap (ngam² mendung plak malam tuh..tade bintang…ampeh tul…) Nothing… kosong… benda yang sama aku rasa kan ketika itu

“Dah…jangan nangis lagi ya… ”, ujar ku lagi

“Tak…tak nangis lagi... ”, jawabnya sambil teresak-esak

“jangan lost contact ya..”, ujarnya

“ermm….tengok la…”, jawabku..

“Assalamualaikum…”, dariku

Jawab salam darinya mengakhiri perbualan kami, mungkin itu perbualan kami yang terakhir…

Aku terus duduk didepan komputer yang biasa menjadi peneman aku di hari-hari, otakku masih berfikir, kenapa? Aku tak di beri peluang untuk mempertahankan dia…? Semua telah berakhir, aku agak tersentak dengan keadaan ini. Tapi mungkin ini kelebihan, aku pandai untuk mengawal perasaan aku. Bolehkah aku memaafkannya? Harap aku ada kekuatan untuk memaafkannya…. Biarlah masa yang menentukan segalanya……

pilihan sentiasa ada...bagaimana ingin memilihnya? terpulang.....

Life must go on……….. Peace ~

Pay Per click

pernec ~

pernec ~
TemPAt KEjE AkU